Pertandingan MURAL 2013

Mural Competition

Jangan berlengah lagi, mulakan berkarya dan hantar penyertaan sekolah anda sekarang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk menyertai, setiap sekolah perlu:

  • Menghasilkan satu esei bertajuk “Keselamatan Jalan Raya, Tanggungjawab Kita Bersama” yang tidak melebihi 300 patah perkataan.

  • Hantarkan esei bersama borang penyertaan yang lengkap ke alamat yang tertera sebelum 30 Mac 2013.

Hanya 50 esei terbaik daripada 50 buah sekolah yang terpilih akan layak untuk menyertai Pertandingan Mural Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013 PLUS -

Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya.

Muat Turun Borang Pertandingan



SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah menengah di seluruh Malaysia (kecuali 50 buah sekolah yang telah menyertai pertandingan ini pada tahun 2011)

  2. Rekaan Mural mestilah baru dan asli.

  3. Tema Mural yang dipertandingkan adalah “Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya” dan tema ini mesti disertakan di dalam rekaan Mural.

  4. Konsep rekaan Mural haruslah mempunyai elemen perpaduan rakyat Malaysia.

  5. Penghasilan Mural hendaklah menggunakan cat-cat berjenama Nippon Paint. Pihak Nippon Paint akan menaja sebahagian daripada keperluan cat untuk penghasilan Mural tersebut.

  6. Saiz Mural hendaklah berukuran minima 10 kaki × 20 kaki dan hendaklah dipamerkan sekurang-kurangnya selama 24 bulan dari tarikh pertandingan berakhir iaitu pada 1 Jun 2013.

  7. Setiap borang penyertaan mestilah disertakan dengan esei bertemakan “Keselamatan Jalan Raya, Tanggungjawab Kita Bersama” yang tidak melebihi 300 patah perkataan.

  8. Jumlah penyertaan adalah terhad kepada 50 sekolah sahaja dan pemilihan sekolah-sekolah akan bergantung kepada kualiti esei yang disertakan.

  9. Keputusan Hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

  10. Sijil Penyertaan kepada 50 sekolah yang layak akan disediakan oleh pihak Penganjur.

  11. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan hasil karya.

  12. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Mac 2013.

  13. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang lewat, hilang atau rosak semasa proses penghantaran. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.

  14. Dengan menyertai pertandingan ini, pihak Sekolah bersetuju untuk memberi hakmilik ciptaan Mural kepada pihak Penganjur dan pihak Penganjur berhak menggunakan hasil ciptaan Mural tersebut dalam apa jua cara sekalipun termasuk dalam mana-mana media di seluruh dunia.

  15. Dengan menghantar penyertaan ini, pihak Sekolah bersetuju bahawa mereka adalah tertakluk di bawah syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Penganjur.

  16. Satu sesi penerangan akan diadakan kepada 50 sekolah yang terpilih pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

  17. Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada muralmufors2013@gmail.com atau hubungi Afiza di 019 7533529 atau Nazren di 013 2531843.

 

 

  • 5
  • 7
  • 2
  • 5
  • 8
  • 8
Page Visits: 2371802